Monday, February 15, 2010

TAHUN BARU,AZAM BARU,ORANG separuh BARU? ;D

Selamat tinggal 2009,selamat datang 2010.Seperti yang sedia maklum,semua senior form5 2009 telah meninggalkan kita untuk meneruskan perjalanan kelab penerbangan ini!YEAY!!Dengan ini saya dengan penuh bangga dan hormat ingin mengatakan bahawa kami,AHLI-AHLI KELAB PENERBANAGAN 2010`,amat berbangga untuk meneruskan misi dan visi senior-senior kami yang lalu.

Bagi yang masih belum mengetahui akan kewujudan kami,mahupun bagi mereka yg baru sahaja mula berjinak-jinak denagan pergerakan kami,disini ada sedikit matlumat mengenai kelab ini untuk anda!YEAY!!ANDA SANGAT BERTUAH PADA HARI INI KERANA SAYA BERASA ter-RAJIN untuk menaip maklumat banyak sikit pada hari ni xD

Kelab penerbanagn ini telah ditubuhkan pada tahun 2007.dan sekolah kami,Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam merupakan kelab penerbangan yang pertama di MALAYSIA ;D!

Tahun silang berganti,ahli jawatan kuasa turut bertukar,Hariz Bin Hairuddin,5 Putra 2009 ialah pengerusi kelab penerbanagn yg ker-3.Kini,Durra Shahirah Bt Mohd Azman telah menggantikan tempat Hariz Hairuddin sebagai pengerusi kelab penerbangan yang ke-4 bagi tahun 2010! =D

Disertakan disini senarai nama ahli jawatan kuasa dan senarai aktiviti kelab penerbanagan 2010,

SENARAI NAMA AHLI JAWATAN KUASA KELAB PENERBANAGAN 2010

GURU- 1. ENCIK SOMU PANTINAIDU
2. CIK NORHIDAYAH BT ABDUL MUHI


SENARAI AKTIVITI KELAB PENERBANAGAN 2010

Friday, July 31, 2009

Sekitar Aerocarnival 2009

Friday, July 24, 2009

Aero Carnival UNIKL

Salam .

Pada hari ini kami sekali lagi menjalankan aktiviti yang berteraskan aviation , iaitu Aero Carnival di UNiKL MIAT , Dengkil.

Menurut perancangan yang telah dibuat , kelab penerbangan Sekolah Menengah Kebangsaam Seksyen 19 akan dilancarkan oleh VIP yang hadir .

Kini , ahli kelab dan ahli rombongan sedang dibawa melawat sekitar institut ini. Kami juga telah mendirikan booth di sini yang akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang aktiviti dan latar belakang kelab yang telah ditubuhkan pada Januari 2008.

Maklumat serta info terkini akan dikemas kini


1250 pm

Opening ceremony sedang dijalankan .
Monday, July 6, 2009

Baju rasmi Aviation CLub

Tuesday, June 23, 2009

Salam maaf..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
kita mungkin akan mengubahsuai blog ini bagi menambah info dan membolehkan blog ini aktif untuk terus memberi info dan maklumat kepada ahli mahupun orang luar tentang pergerakan atau aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Penerbangan ini.
Jadi Pertama sekali Kelab ingin memohon maaf kepada ahli kerana sudah lama tidak kemaskini blog ini dan membuat perjumpaan kelab.
Baiklah disini ingin memberitahu bahawa, esok 24/06/09 kemungkinan kami dari barisan ahli jawatankuasa akan mengedarkan borang untuk pergi ke AeroCarnival di MIAT.
Di mana, tujuannya adalah untuk merasmikan secara rasmi kelab ini yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi kategori sekolah Menengah!
Jadi pihak kelab ingin mohon kerjasama semua untuk hadir setiap perjumpaan yang diadakan oleh kelab dan melunaskan bayaran ahli kelab ini.
Perjumpaan akan diberitahu melalui notis di papan maklumat dihadapan bilik disiplin.

Sunday, April 26, 2009

dibatalkan!

perhatian pada semua ahli kelab penerbangan, explorace yang akan diadakan pada minggu ini dibatalkan, disebabkan masalh2 yang tidak dapat dielakkan..
harap maklum..
Kepada semua peserta kem tahun lepas, anda diminta berjumpa dengan saya, hariz 5Putra untuk mendapatkan sijil anda.
Perkhemahan pada tahun ini akan diberitahu dalam masa terdekat.
sekian.

Wednesday, April 15, 2009

pengumuman.

assalammualaikum..
Semua ahli diwajibkan hadir di dewan ixora pada 21hb april 2009 untuk perjumpaan kelab.
perjumpaan kali ini mungkin kita akan membincangkan tentang kem pada bulan 6 ini, jadi diminta semua hadir pada jam 3ptg.
Tuesday, April 7, 2009

Pelancaran roket

Sebelum saya mulakan ucapan dan kata-kata saya disini sebagai pengerusi bg tahun 2009 dan mewakili ajk kelab ingin merapatkan jari jemari dan memohon ampun dan maaf terhadap semua ahli kelab ini kerana sudah lama kami tidak mengemas kini butiran-butiran dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini.
Baiklah disini kami akan mengemukakan gambar-gambar yang dilangsungkan sebentar tadi pertandingan reka cipta roket sempena bulan sains dan matematik.Harap semua terhibur.persiapan terakhir,jeng3..

mengisi minyak untuk berlepas..

sedia...

jap, pose dulu..=p

BOOM!pengarah program..

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat,segulung terima kasih dan tahniah kepada pasukan yang sertai pertandingan ini, diharapkan tahun hadapan akan ramai lagi penyertaan dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun kelab dan persatuan,dengan ini pelajar yang sertai diharapkan dapat menunggu dengan sabar keputusan yang akan diumumkan tidak lama lagi,juri kami masih meneliti roket yang terbaik dan semoga pasukan anda dapat merangkul JUARA dalam pertandingan ini.
insyaallah selepas ini kami akan cuba untuk meluangkan masa mengemas kini blog ini agar rakan pelajar boleh mengenal dengan lebih mendalam tentang kelab penerbangan dan dapat sertai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
sekian,terima kasih.

Thursday, January 22, 2009

Selamat Berjumpa 2009

Assalamualikum
Rasa-rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat tahun baru.
Jadikanlah tahun ini tahun yang lebih baik dari tahun lepas.

Kelab ini juga semakin aktif dan lebih bersistematik pada tahun 2009 ini.Sehubungan dengan itu, perjumpaan pertama kelab ini telah diadakan 20 Januari yang lepas. Alhamdulillah, ramai ahli yang hadir.

Seorang wakil dari UniKL MIAT telah datang untuk mengelola aktiviti kami. Seperti tahun sebelum ini, aktiviti yang pertama adalah mengenali dahulu dunia penerbangan.Bak kata pepatah " tak kenal maka tak cinta " Sir Sekh Alauddin telah hadir memberikan pengenalan kepada dunia penerbangan.

Beberapa gambar yang telah diambil

En Somu. Penasihat Kelab

Antara yang hadir

En Sekh dari Unikl MIAT


Tuesday, October 28, 2008

Aviation Summer Camp

Pertamanya..saya selaku moderator ingin memohon ampun kerana blog ini tidak aktif.Sepanjang tahun ini kelab ini telah melakukan banyak aktiviti dan malangnya belum lagi dipaprkan dalam blog ini.

Namun begitu, kali ini saya ingin mempromosikan sebuah lagi aktiviti perkhemahan yang dikendalikan oleh Unikl MIAT

sila lawati link ini.
Saturday, April 12, 2008

How To Refuel Boeing-737

Assalamualaikum dan salam sejahtera

pertama2nya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat illahi,pihak kelab penerbangan ini masih dapat melaksanakan program mengikut perancangan.

Namun begitu,saya selaku moderator meminta maaf kerana sudah lama tidak memperbaharui blog ini..

Pada 12 April 2008,pihak dari UniKL MIAT telah hadir ke SMKS 19 untuk menjalankan satu lg program yang sangat menarik.BELAJAR BAGAIMANA HENDAK MENGIRA JUMLAH MINYAK YANG PERLU DIMASUKKAN KE DALAM BOEING-737.

Walaupun hanya 22 orang ahli sahaja yang hadir,kami masih mersakan program ini berjaya kerana komitmen yg ditunjukkan ahli2.

Di bawah ini saya sertaakn beberapa gambar sebagai tatapan sekalian.












Thursday, February 14, 2008

PERHATIAN!

SEMUA AHLI KELAB PENERBANGAN.SABTU INI BERSAMAAAN 16 FEBRUARI 2008 AKAN DIADAKAN PERJUMPAA KELAB.AKAN ADA AKTIVITI TREASURE HUNT.GERENTI BEST!!AHAHAH..AJAK BERSAMA RAKAN2 YANG NAK JOIN..
Saturday, February 2, 2008

Egg Droping

Pada Sabtu yg lepas,kelab ini telah mengadakan satu lagi aktiviti menarik iaitu EGG DROPING.
Pada asalnya,kami bercadang untuk membuat Gliders,tapi masa yang diperuntukkan amatlah sedikit.Bawah ini sata sertakan video yg diambil sabtu lepas:











lain2 video akan diupload kemudian.

sekian.
Wednesday, January 23, 2008

Pengenal kepada Dunia penerbangan Dan Sekilas Mengenai MIAT

Pada 22 Januari yang lepas,berlangsungnya perjumpaan pertama Kelab Penerbangan SMKS19.
Kami telah menjemput pihak UniKL MIAT untuk memberi sedikit penerangan.

Seramai 55 ahli yang telah menghadirkan diri,iaitu lebih kurang setengah dari jumlah keseluruhan ahli.Walaupun bilangan ahli yang menghadirkan diri agak mengecewakan,namun komitmen yang ditunjukkan ahli2 amatlah memberangsangkan.

Di bawah ini,saya muat turun beberapa gambar ketika aktiviti dijalankan:

En.Syeikh Alauddin sedang memberi taklimat.


THE FUTURE STARTS HERE


Saudara Mawi

Memberi penerangan mengenai Aviation Summer Camp


Sebelum mengundur diri


Antara yang hadir


Ribuan terima kasih kepada Saudari Sarah di atas semua gambar ini.

sekian,
Sunday, January 20, 2008

New shirt design


Kami telah membuat sedikit pengubahsuaian pada baju kelab.
Jikalau anda kurang bersetuju,sila beritahu kami agar kami dapat membaiki design baju ini.
Saturday, January 12, 2008

Baju Kelab




Mana yang anda lebih gemar?sila undi di ruangan tersedia di belah kanan anda..ataupun anda ade cdgn yg lebih bernas?sila hantakan komen atau email ke theaviationclub_smks19@yahoo.com

sekian.

Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa(Mesyuarat Agung)

Pada 9 Januari yg lepas,telah berlangsungnya mesyuarat agung bagi semua kelab di SMKS19.
The Aviation Club yang baru ditubuhkan tahun ini turut mengambil kesempatan ini untuk memilih ahli jawatan kuasanya.Bawah ini,saya senaraikan nama2 AJK:

Guru penasihat:En.Somu & Pn.Zarina

Pengerusi:Hariz bin Mohd Hairuddin

Naib Pengerusi:Sarah Chen Wai Ling

Setiausaha:Ahmad Zamri bin Ahmad Zahir

Bendahari:Nur Syazwani bt. Khalid

AJK Tingkatan 5:Mohd Firdaus bin Kamaluddin

AJK Tingakatan 4:Badrul Azha bin Azni

AJK Tingkatan 3:Mohd Faez bin Kamluddin

Dengan keahlian seramai 101 orang,ia merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan bagi sebuah kelab baru.Kelab ini ditubuhkan untuk memberi pengenalan kepada semua pelajar menganai dunia penerbangan di samping memperbetulkan pemikiran sempit kebanyakan pelajar mengenai dunia penerbangan.

Pada 22 januari ini,akan berlangsungnya satu seminar bertajuk Pengenalan kepada Dunia Penerbangan.Diharap semua ahali akan menghadirkan diri kerana seminar ini akan dikendalikan oleh pakar dari UniKL MIAT(malaysian institue of aviation tech.)

sekian.