Thursday, January 22, 2009

Selamat Berjumpa 2009

Assalamualikum
Rasa-rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat tahun baru.
Jadikanlah tahun ini tahun yang lebih baik dari tahun lepas.

Kelab ini juga semakin aktif dan lebih bersistematik pada tahun 2009 ini.Sehubungan dengan itu, perjumpaan pertama kelab ini telah diadakan 20 Januari yang lepas. Alhamdulillah, ramai ahli yang hadir.

Seorang wakil dari UniKL MIAT telah datang untuk mengelola aktiviti kami. Seperti tahun sebelum ini, aktiviti yang pertama adalah mengenali dahulu dunia penerbangan.Bak kata pepatah " tak kenal maka tak cinta " Sir Sekh Alauddin telah hadir memberikan pengenalan kepada dunia penerbangan.

Beberapa gambar yang telah diambil

En Somu. Penasihat Kelab

Antara yang hadir

En Sekh dari Unikl MIAT