Friday, July 31, 2009

Sekitar Aerocarnival 2009

Friday, July 24, 2009

Aero Carnival UNIKL

Salam .

Pada hari ini kami sekali lagi menjalankan aktiviti yang berteraskan aviation , iaitu Aero Carnival di UNiKL MIAT , Dengkil.

Menurut perancangan yang telah dibuat , kelab penerbangan Sekolah Menengah Kebangsaam Seksyen 19 akan dilancarkan oleh VIP yang hadir .

Kini , ahli kelab dan ahli rombongan sedang dibawa melawat sekitar institut ini. Kami juga telah mendirikan booth di sini yang akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang aktiviti dan latar belakang kelab yang telah ditubuhkan pada Januari 2008.

Maklumat serta info terkini akan dikemas kini


1250 pm

Opening ceremony sedang dijalankan .
Monday, July 6, 2009

Baju rasmi Aviation CLub

Tuesday, June 23, 2009

Salam maaf..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
kita mungkin akan mengubahsuai blog ini bagi menambah info dan membolehkan blog ini aktif untuk terus memberi info dan maklumat kepada ahli mahupun orang luar tentang pergerakan atau aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Penerbangan ini.
Jadi Pertama sekali Kelab ingin memohon maaf kepada ahli kerana sudah lama tidak kemaskini blog ini dan membuat perjumpaan kelab.
Baiklah disini ingin memberitahu bahawa, esok 24/06/09 kemungkinan kami dari barisan ahli jawatankuasa akan mengedarkan borang untuk pergi ke AeroCarnival di MIAT.
Di mana, tujuannya adalah untuk merasmikan secara rasmi kelab ini yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi kategori sekolah Menengah!
Jadi pihak kelab ingin mohon kerjasama semua untuk hadir setiap perjumpaan yang diadakan oleh kelab dan melunaskan bayaran ahli kelab ini.
Perjumpaan akan diberitahu melalui notis di papan maklumat dihadapan bilik disiplin.

Sunday, April 26, 2009

dibatalkan!

perhatian pada semua ahli kelab penerbangan, explorace yang akan diadakan pada minggu ini dibatalkan, disebabkan masalh2 yang tidak dapat dielakkan..
harap maklum..
Kepada semua peserta kem tahun lepas, anda diminta berjumpa dengan saya, hariz 5Putra untuk mendapatkan sijil anda.
Perkhemahan pada tahun ini akan diberitahu dalam masa terdekat.
sekian.

Wednesday, April 15, 2009

pengumuman.

assalammualaikum..
Semua ahli diwajibkan hadir di dewan ixora pada 21hb april 2009 untuk perjumpaan kelab.
perjumpaan kali ini mungkin kita akan membincangkan tentang kem pada bulan 6 ini, jadi diminta semua hadir pada jam 3ptg.
Tuesday, April 7, 2009

Pelancaran roket

Sebelum saya mulakan ucapan dan kata-kata saya disini sebagai pengerusi bg tahun 2009 dan mewakili ajk kelab ingin merapatkan jari jemari dan memohon ampun dan maaf terhadap semua ahli kelab ini kerana sudah lama kami tidak mengemas kini butiran-butiran dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini.
Baiklah disini kami akan mengemukakan gambar-gambar yang dilangsungkan sebentar tadi pertandingan reka cipta roket sempena bulan sains dan matematik.Harap semua terhibur.persiapan terakhir,jeng3..

mengisi minyak untuk berlepas..

sedia...

jap, pose dulu..=p

BOOM!pengarah program..

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan selamat,segulung terima kasih dan tahniah kepada pasukan yang sertai pertandingan ini, diharapkan tahun hadapan akan ramai lagi penyertaan dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun kelab dan persatuan,dengan ini pelajar yang sertai diharapkan dapat menunggu dengan sabar keputusan yang akan diumumkan tidak lama lagi,juri kami masih meneliti roket yang terbaik dan semoga pasukan anda dapat merangkul JUARA dalam pertandingan ini.
insyaallah selepas ini kami akan cuba untuk meluangkan masa mengemas kini blog ini agar rakan pelajar boleh mengenal dengan lebih mendalam tentang kelab penerbangan dan dapat sertai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.
sekian,terima kasih.

Thursday, January 22, 2009

Selamat Berjumpa 2009

Assalamualikum
Rasa-rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat tahun baru.
Jadikanlah tahun ini tahun yang lebih baik dari tahun lepas.

Kelab ini juga semakin aktif dan lebih bersistematik pada tahun 2009 ini.Sehubungan dengan itu, perjumpaan pertama kelab ini telah diadakan 20 Januari yang lepas. Alhamdulillah, ramai ahli yang hadir.

Seorang wakil dari UniKL MIAT telah datang untuk mengelola aktiviti kami. Seperti tahun sebelum ini, aktiviti yang pertama adalah mengenali dahulu dunia penerbangan.Bak kata pepatah " tak kenal maka tak cinta " Sir Sekh Alauddin telah hadir memberikan pengenalan kepada dunia penerbangan.

Beberapa gambar yang telah diambil

En Somu. Penasihat Kelab

Antara yang hadir

En Sekh dari Unikl MIAT