Tuesday, June 23, 2009

Salam maaf..

Assalammualaikum dan salam sejahtera..
kita mungkin akan mengubahsuai blog ini bagi menambah info dan membolehkan blog ini aktif untuk terus memberi info dan maklumat kepada ahli mahupun orang luar tentang pergerakan atau aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Penerbangan ini.
Jadi Pertama sekali Kelab ingin memohon maaf kepada ahli kerana sudah lama tidak kemaskini blog ini dan membuat perjumpaan kelab.
Baiklah disini ingin memberitahu bahawa, esok 24/06/09 kemungkinan kami dari barisan ahli jawatankuasa akan mengedarkan borang untuk pergi ke AeroCarnival di MIAT.
Di mana, tujuannya adalah untuk merasmikan secara rasmi kelab ini yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi kategori sekolah Menengah!
Jadi pihak kelab ingin mohon kerjasama semua untuk hadir setiap perjumpaan yang diadakan oleh kelab dan melunaskan bayaran ahli kelab ini.
Perjumpaan akan diberitahu melalui notis di papan maklumat dihadapan bilik disiplin.

No comments: